THE FIVE-STEP COACHING MODEL (Battley, 2006)
Mengikut Powerhouse Action Plan (Battley, 2006), Program Konsultasi dijalankan berdasarkan The FIVE-STEP COACHING MODEL (Battley, 2006 ). Model ini adalah sistem yang berstruktur berdasarkan data dengan menetapkan definisi yang jelas, mengumpul data yang sah, menggunakan kaedah yang relevan, mengendalikan experimen, memantau dan menilai. Kelima-lima langkah ditunjukkan dalam flow-chart 1.
1. DEFINE (Identify coaching goals)
2. ASSESS (Obtain relevant data)
3. PLAN (Create a detailed plan)
4. ACT (Execute the plan)
5. REVIEW (Evaluate your results)
Langkah 1 : Define
Ini melibatkan pendefinisian isu konsultasi, matlamat dan hasil yang diingini. Justeru adalah penting objektif spesifik ditetapkan supaya kemajuan dan kejayaan dapat dikesan.
Langkah 2 : Assess
Langkah ini merujuk kepada situasi profesional dan adakalanya merujuk kepada satu fasa diagnostik. Pengumpulan data boleh dibuat dalam beberapa cara seperti menjalankan analisis keperluan, mengendalikan penilaian kendiri berkaitan dengan personaliti, menjalankan temuramah dengan pihak ketiga dan meneliti dokumen organisasi. Tujuan langkah ini adalah untuk mendapat maklumat yang sah dan tepat untuk merancang pelan dan aktiviti konsultasi.
Langkah 3 : Plan
Langkah ini melibatkan pelan tindakan. Satu matlamat yang asas boleh dipecahkan dalam beberapa objektif. Pelan tindakan itu merupakan satu panduan supaya tindakan spesifik dapat dicapai dengan sempurna dalam jangka masa yang ditetapkan. Di sini, senarai semak untuk tindakan dengan akauntabiliti juga ditetapkan di mana ini juga merupakan satu kaedah untuk mengukur pencapaian sebenar.
Langkah 4 : Act
Langkah ini adalah fasa pelaksanaan di mana pencapaian matlamat berlaku. Aktiviti dan tugasan-tugasan yang dirangka dapat dilaksanakan. Di sini, pensyarah sebagai kontsultan perlu memantau dan menilai kemajuan menteenya.
Langkah 5 : Review
Langkah yang terakhir melibatkan penilaian hasil konsultasi. Soalan-soalan yang dikemukakan pada langkah ini adalah seperti berikut :
• Adakah matlamat telah dicapai ?
• Adakah program konsultasi mencapai kejayaan seperti yang dijangkakan?
Sekiranya tidak, kenapa ?
Langkah terakhir menetapkan sejauhmana kejayaan diperolehi. Semakan tentang program konsultasi juga mengandungi cadangan-cadangan untuk tindakan susulan supaya kejayaan program tersebut dapat diperkasakan. Ini juga relevan dengan amalan refleksi yang ditunjukkan dalam The Reflective Practice Model (Wallace, 1991) dan adalah penting pensyarah IPG mengamalkan refleksi dengan menggunakan model tersebut kerana ia akan membawa kesan positif atas hasrat dan usaha mencemerlangkan pengurusan sekolah dan kualiti prestasi kerja mereka.
Berdasarkan keperluan mengadakan peningkatan berterusan (continuous improvement) sepanjang masa program konsultasi ini dijalankan, The Reflective Practice Model (Wallace, 1991) akan digunakan. Model tersebut adalah satu cara yang berkesan mempertingkatkan diri dan sekolah. Refleksi yang dijalankan di sekolah berdasarkan konsep bahawa seseorang yang profesional seharusnya menjadi seorang pengamal (practitioner) yang reflektif supaya dapat melibatkan diri dalam perkembangan profesionalisme secara berterusan.
The ModelThe Reflective Practice Model (Wallace, 1991)
Reflect Reflect
Practice Practice
Dalam model ini, satu interaksi berlaku antara pengetahuan seperti teori tentang pendidikan, pengurusan, input dari bacaan, latihan atau idea dari pakar rujuk dalam bidang pendidikan (received knowledge) dengan pengetahuan yang diterima melalui refleksi pengalaman secara praktikal (experiential knowledge). Ianya bukan sekadar membuat refleksi pengalaman lalu, tetapi memasukkan pengalaman semasa latihan dan pengalaman secara praktikal yang dialami oleh seseorang peserta semasa menjalankan tugas. Melalui cara ini, seseorang peserta itu dapat mempelajari dan mengamalkan apa yang telah diperolehi daripada pengalaman dan kepimpinan di tempat mereka bertugas. Keupayaan mengatasi segala cabaran yang wujud antara received knowledge dan experiential knowledge adalah penting. Hasil daripada penggunaan secara berterusan kitaran amalan (Cycle Practice) dan refleksi akan membawa para peserta ke satu tahap perkembangan dinamik yang cekap dan profesional.
Pada sepanjang masa program dijalankan, para peserta perlu membuat refleksi melalui model ini supaya input yang diterima boleh diamalkan semasa menjalankan tugas masing-masing. Pihak konsultan dan para peserta perlu mengkaji impak aplikasi itu dan membuat semakan semula sebelum meneruskan kepada input yang seterusnya. Refleksi secara analitikal hendaklah dibuat selepas setiap sesi agar para peserta dapat mendokumentasikan pengetahuan yang dipelajari dengan menilai keberkesanan sesi yang berkenaan. Diharapkan refleksi akan menjadi satu amalan dalam melaksanakan tugas seharian dan tidak akan berhenti walaupun tamat program konsultasi.